Tuesday, October 22, 2013

"EVENING PRIMROSE OIL"

Evening Primrose Oil (EPO) merupakan punca khasiat yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linolenik (GLA/Omega-6),

Precursor kepada prostaglandin yang diperlukan oleh setiap sel dan organ dalam tubuh kita. Prostaglandin adalah bahan seperti hormon yang membantu dalam sistem peredaran darah, kesihatan kulit dan sendi, tahap kolestrol, keradangan/inflamasi dan banyak lagi.

Kandungan:

Setiap Halagel softgel mengandungi 500 mg Evening Primrose oil. Halagel softgel dihasilkan dari Bovine gelatin yang disahkan HALAL oleh JAKIM.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Evening Primrose Oil adalah minyak yang diekstrak dari bijian tumbuhan Evening Primrose (Oenothera biennis) yang berasal dari benua Amerika Utara serta tumbuh sekitar eropah dan hemisfera selatan. Bijian dari tumbahan ini kaya dengan asid gamma linolenik (GLA) iaitu sejenis asid lemak perlu (essential fatty acid). GLA diperlukan oleh tubuh kita untuk proses pertumbuhan dan pengembangan dan perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.


Gamma-linolenik asid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak beraskan tumbuhan. Ianya tergolong di dalam asid lepak perlu (essential fatty asid) kerana GLA tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, jadi bekalan GLA perlu diperolehi dari pemakanan seharian kita.


Bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, Omega- memainkan peranan penting di dalam fungsi otak serta untuk proses pertumbuhan dan pengembangan tubuh kita. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid (PUFAs), ia membantu meransang pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat, megawal metabolisma badan, dan mengekalkan kesihatan sistem peranakan/pembiakan.

Kenapa GLA yang terdapt dalam EPO berbeza dengan Omega-6 yang lain?
Terdapat beyak jenis asid lemak yang tergolong dalam asid lemak Omega -6 seperti linoneik asid (LA) arachidonic asid (AA), gamma-linolenik asid (GLA) dan banyak lagi. GLA berbeza dengan Omega-6 yang lain kerana GLA berperanan mengurangkan kadar keradangan (inflamation) manakala LA dan AA menaikan kadar keradangan.

Apabila anda mengambil makanan tambahan GLA terutama daripada EPO, di dalam tubuh kita, GLA tersebut akan ditukarkan kepada bahan yang dipanggil DGLA yangberfungsi mengurangkan keradangan. Mempunyai cukup nutrient seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 dalam tubuh kita membantu pertukaran GLA kepada DGLA.

KHASIAT EPO??
CARA-CARA PENGAMBILAN ??
LANGKAH-LANGKAH BERJAGA-JAGA ???

semuanya akan terjawab pada entry yg akan dtg..

selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment