Thursday, October 24, 2013

~EPO: langkah berjaga-jaga~


Evening Primrose Oil (EPO) secara keseluruhannya adalah selamat untuk diamalkan pada kadar yang disyorkan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila diambil dalam kadar berlebihan adalah seperti rasa loya, sakit perut dan sakit kepala.

Elakkan mengambil GLA melebihi 3000 mg sehari iaitu bersamaan 30 gram EPO sehari. Paras GLA yang terlalu tinggi akan menigkatkan kadar keradangan/inflammation.

Semasa mengandung/menyusu:~

Sehingga kini maklumat perubatan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan pengambilan EPO terhadap pembentukan janin dalam kandungan ataupun kepada bayi yang disusukan. Walau bagaimanapun masih kekurangan kajian saintifik terhadap kesan pengambilan EPO semasa mengandung dan menyusu. Oleh itu sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil EPO semasa mengandung atau menyusu.

Makanan tambahan Omega-6, termasuk GLA dan EPO tidak digalakkan terhadap individu yang mempunyai penyakit sawan (seizure) atau epilepsi. Telah dilaporkan Omega-6 boleh mencetuskan sawan (seizure) pada individu yang mempunyai penyakit sawan.

EPO tidak digalakkan diambil oleh individu yang mempunyai masalah pembekuan darah.

EPO tidak seharusnya diambil bersama-sama ubat-batan seperti;_

warfarin, heparin, dalteparin, tinzaparin, enoxaparin, danaparoid sodium, antithrombin III, lipirudin, argatroban, bivalirudin,aspirin.

sekiranya anda ragu-ragu,rujuk doktor untuk pengambilan sebarang suplement. ;)

untuk tempahan EPO atau sebarang produk softgel yang lain, boleh isi ORDER FORM, atau whatsapp ke 0175172731.


No comments:

Post a Comment